Saturday, August 29, 2009

SELAMAT BERPUASA

Di ishtiharkan pada 22 ogos 2009 bermulanya kita semua umat Islam sedunia akan menunaikan ibadah puasa yang datangnya hanya sekali dalam setahun. Bulan puasa adalah kemuncak segala bulan. Dan bulan puasa mempunyai banyak keistimewaannya. Jadi marilah kita semua beribadah dan merebut kan peluang yang sudah tertera di hadapan kita. *ECEYHHH bajet bagi ceramah pula :p *

TERNYATA :

1. Bulan ini akan membuatkan aku lagi bersabar dan tidak terlalu mengikutkan nafsu yang terlalu melampampau-lampau tu .
Aku akan memperbaiki semua kelemahan yang teramat banyak ni untuk jadi orang yang lebih baik. haa bukan untuk bulan ni saje lah. Untuk bulan bulan dan tahun tahun yang seterusnya. Takkan lah untuk bulan puasa ni je kan. Bajet nak buat baik untuk bulan puasa je baik takyah ah kan.

2. Aku akan mendengar kata kata ibu dan abah ku
Duhhhhh :'( bab ni dah boleh buat aku rasa evil gila piggy punya sbb sllu je lawan cakap ibu abah. mhmm sangat berdosa. Maafkan anak mu yang hina lagi jahat ni . pfftt. Im sorry ibuabah for all my wrongdoings . Tahu banyak sangat kan. Sampai takleh nak kira dah bape banyak . Sejak puasa ni sllu je bukak ceramah ceramah kat tv so macam insaf lah jugak kn.

3. Berpakaian sopan dan menutup aurat
Dalam agama Islam memang dah tertulis dalam al-Quran suruh semua umatnya berpakaian sopan dan menutup aurat. Lagilagi kaum hawa kan . Jadi sempena bulan ramadhan ni akan ku ubahkan cara pemakaian ku kepada tahap yang lebih sopan dan tidak menjolok mata. Takda lah aku berpakaian menjolok mata melampau lampau tapi cuma mahu jadi lagi bersopan.
InsyaAllah satu hari nanti akn ku pakai tudung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah. :)

4. Tidak lagi menggunakan perkataan yang kasar dan tidak baik untuk didengar.
Haaa ni lagi satu habbit yang sangat tak baik dalam diri ku . AHAHHAH . tak dpt nak di nafikan lah kn sbb mcm mcm perkataan yg boleh kuar dlm mulut seseorang kan. Bajet bagus lah tu sbb tu guna perkataan yg tak baik kn. haaa itu aku lah kn. Jaga mulut semasa menunaikan ibadah puasa.

5. Tidak mengumpat dan bercerita tentang orang lain.
Semua orang tasuka kan cerita pasal orang lain. tapi kita human being kan mesti nak cerita cerita. Tapi ini sangat tidak baik untuk kita kan. Menambahkan dosa je buat apa kan. Jadi aku pun akan berusaha untuk tidak pergi kearah ni. eceyhhh. tak baik tak baikkk.

Ini lah yang akan ku lakukan pada bulan puasa ini dan bulan bulan seterusnya. Nak perbaiki diri ku yang lemah ini haaa. Sampai bila nak lemah je kan. heeee, yea kenapa gelak? entah lah aku pun tatahu. Aku kenalah yakin bahawa aku akan berubah. AMINNN

to be continue,
SELAMAT BERBUKA SEMUA :)

No comments:

Post a Comment